Pengetahuan Am - Bahagian 2

  1. Tiram akan bertukar jantinanya dari jantan kepada betina dan fenomena ini berlaku beberapa kali sepanjang hayatnya.
  2. Kitar hidup pepatung adalah antara 6 bulan hingga 6 atau 7 tahun.
  3. 90 peratus dari keseluruhan spesis yang pupus adalah terdiri daripada kumpulan burung

Masalah Kulit Berjerawat

Masalah yang kerap berlaku pada wajah. Kulit lelaki adalah lebih tebal dan pengeluaran sebum adalah lebih tinggi berbanding wanita. Sebab itu kulit lelaki mudah berminyak atau berkilat dan berjerawat dan kadang2 meninggalkan bintik2 hitam.

Cara mengatasi :

  1. Bersihkan wajah anda setiap pagi dan sebelum tido. Pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah anda untuk menanggalkan kotoran, menanggalkan sel2 mati, membersih liang roma yang tersumbat, menanggalkan minyak dan mengatasi jerawat.
  2. Gunakan produk perawatan khas seperti gel yang tidak berminyak untuk mengurangkan minyak di muka. Produk anti blemish adalah sesuai dalam kes ini. Jika kulit berjerawat dan berminyak, beri tumpuan pada tempat yg bermasalah.
  3. Jika kulit anda terlalu berminyak, terutama di bahagian zon T, gunakan produk khas atau pelembap kurang berminyak untuk mengatasi keadaan berminyak itu.
  4. Penggunaan pelindung matahari bukan sahaja dapat melindungi kulit dari sinaran UV, malah dapat mengatasi pengeluaran minyak dan pori2 tersumbat.
Cadangan produk :

Shiseido Men Anti-Shine Refresher, Lancome Homme Invigorating Cleansing Gel, Men Biore Facial Foam Active Acne Care, Nivea For Men Double Action Face Wash, BASK for Men-Face Scrub

Pekerjaan Yang Menguntungkan

"Samad, awak pasti ke nak jadi doktor mata macam bapa kamu?"

"Tidak cikgu, saya ingin menjadi doktor gigi?"

"Doktor gigi? Kenapa? Bukan ke doktor mata kerja yang menguntungkan?"

"Betul. Tapi manusia hanya ada 2 pasang mata jer, sedangkan gigi ada 32 batang!"

Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Temuduga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temuduga anda dikehendaki menjual anda secara cergas dan giat mulai dari anda sampai hingga anda bertolak dari tempat temu duga.

Seseorang yang mencari kerja boleh membuat persediaan untuk sesuatu temuduga kerja dengan menduga soalan-soalan temu duga, menyelidik latar belakang majikan, menyediakan rangka jawapan bagi soalan-soalan yang mungkin ditanya dan menyebut berulang-ulang jawapan itu (tanpa menghafaz). Ikutlah petua yang berikut bagi mencapai kejayaan dalam temuduga anda.


Sebelum temuduga anda

  • Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’

  • Bersedia untuk jawab serta tanya soalan. Sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda, temu duga mempunyai dwi tujuan: yang pertama, untuk “menjual” anda ,dan yang kedua ialah untuk menilai jawatan itu. Setelah menanya pelbagai soalan, penumu duga biasanya meminta anda menanyakan soalan. Anda perlu menanyakan soalan yang bernas seperti: adakah syarikat merancang untuk meluaskan operasinya? Apakah falsafah p engurusan dan nilai-nilai syarikat? Apakah arah aliran yang penting dalam industri yang diceburi oleh syarikat? Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan di ukur? Apakah kelebihan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya? dan sebagainya.

  • Sediakan pakaian yang kemas.. Sut kelabu,hitam atau biru kelasi atau pakaian dengan tali leher sahaja adalah sesuai.

Semasa temuduga anda

Tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum temu duga diadakan.

  • Beri salam kepada panel penemuduga
  • Dengar dengan teliti semua soalan dan beri jawapan yang bernas .
  • Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan.
  • Berbual secara terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda

Ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi.


Selamat Mencuba & Good Luck!