Showing posts with label Rencana. Show all posts
Showing posts with label Rencana. Show all posts

Fakta Mengenai Seks



Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa hubungan yang dilakukan secara teratur, bersih dan sihat, sebenarnya banyak memberikan manfaat.



Meningkatkan kesihatan dan Kebahagian

Secara psikologinya orang yang sempurna dalam kehidupan seksualnya lebih tenang dari yang tidak dapat mengecapnya. Dalam kata lain mereka dapat menikmati hidup dengan dengan aman dan nikmat. Kesimpulan tersebut dibuat oleh Dr. Ted Mellvenna dari San Fransiscos Institute for Advanced Study of Human Sexuality. Pemerhatian yang dibuat mendapati orang yang melakukan aktiviti seks memiliki harapan hidup lebih lama.

Mengatur Hormon

Wanita yang melakukan hubungan seksual setidaknya sekali seminggu, aturna haidnya lebih normal berbanding dengan wanita yang belum berkahwin. Seks meningkatkan hormon estrogen. Mereka menikmati hubungan seksual secara teratur, memiliki tingkat estrogen yang lebih tinggi dalam darah. Estrogen ini bermanfaat untuk menjaga kesihatan jantung, merendahkan kadar kolestrol positif, memelihara kepadatan tulang, menjaga kulit sentiasa kenyal dan mencegah tekanan.

Membakar Kalori

Ketika melakukan hubungan kelamin, sebanyak 4.2 kalori dari tubuh akan terbakar bagi setiap minit. Lebih baik daripada bermain tenis yang hanya membakar 4 kalori per minit.

Menguatkan Otot Pinggul

Itu jika dilakukan secara teratur. Semasa mencapai kepuasan, otot pinggul akan berkontraksi keras yang kemudian akan lebih menguatkan tubuh, perut dan punggung anda.

Mengingkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

Kajian yang dijalankan kepada beberapa wanita yang mengidap penyakit kanser payu dara mendapati mereka yang pernah mengalami atau mencapai organisme secara teratur, memiliki kekebalan tubuh yang lebih kuat dalam menghadapi penyakit, berbanding mereka yang tidap memcapainya. Organisme akan meningkatkan sel-sel yang berfungsi untuk melawan penyakit hingga 20%.

Mengurangkan Stress

Anda tidak perlu mencari hiburan diluar untuk mengurangkan stress kerana aktivit seksual telah menyediakannya secara semulajadi. Percaya atau tidak, kepuasan hasil hubungan seks umpama ubat penenang. Ketika itu otot-ototakan terasa tegang tetapi relaks dan menenangkan. Biasanya orang yang memiliki kehidupan seksual yang baik jarang merasa khuatir, cemas, gelisah, marah dan panas baran.

Mengurangkan Rasa Sakit

Bagi yang menderita radang sendi atau sakit urat leher seks dapat meringankan kesakitan tersebut


*Ingat! : Hubungan seks selepas berkahwin adalah hubungan yang sihat

Air Dan Kulit

Semua orang menginginkan kulit yang halus dan bersih terutama wanita. Namun sebagai lelaki yang penting kulit tidak bertukar menjadi papan hitam kerana boleh tulis apa sahaja. Kekeringan berpunca daripada kekeringan kandungan air dalam badan. Untuk mengatasinya ada yang menggunakan pelembab. namun anda boleh mendapatkan hasil yang terbaik tanpa menggunaka belanja yang tinggi. Tahukah anda bahawa dengan meminum air yang mencukupi sudah cukup untuk membuat kulit anda sihat.

Air bersih menjadi pencuci yang paling baik untuk kulit. Air suam dapat membuka pori-pori sementara air sejuk akan mengecutkannya. Biar pun air boleh melembapkan kulit atau menghilangkan sisa kotoran namun jika anda kerap mencuci atau mandi, ia boleh mengkikis enczema pula, kulit tetap akan menjadi sentiada kering. Di samping itu bagi kulit yang sensitif disyorkan menggunakan barangan penjagaan kulit yang berasaskan air.

Bagi wanita terdapat beberapa jenama yang berasaskan air malangnya bagi lelaki mungkin terhad. Ia diciptakan daripada air yang diperolehi dari dasar dataran air yang terapung di Greenland. Air ini mempunyai ketulenan yang tinggi dengan wujud banyaknya laga serta organisma hidup. Dengan itu, Icely membolehkan kulit sentiasa sihat kerana ia dapat membersihkan, memelihara, menyamankan serta menghalang daripada kulit menjadi tegang. Apabila paras kelembapan turun sehingga 10 peratus, kulit akan hilang keupayaan melindungi hingga menjejaskan kegebuan kulit.

Sementara bahan lain yang turut bermanfaat bagi kulit yang sensitif ialah Thermal Plankton. Ia dihasilkan daripada air mata air panas serta mengandungi banyak organisma. Ia terbentuk daripada kumpulan zat merangkumi vitamin, protein, asid amino, glukos dan lemak yang penting untuk kehidupan. Ia dikatakan dapat membuat segala zat penting untuk mekanisme kulit menyerap dengan cepat dan berkesan. Secara tidak langsung kulit akan sentiasa lembap, tidak berminyak atau kering.

Khasiat BuahTomato Untuk Lelaki

Sudah berkurun buah tomato telah menjadi antara bahan utama gizi harian manusia.Diantara kelebihannya ialah dapat mencantikkan kulit dan memudahkan kulit. Namun, satu kajian yang dijalankan di Havard mendapati ia mengandungi anti-oksidan yang dapat mengatasi kanser daripada merebak. Bahan tersebut adalah lycopene, dimana ia dapat mengurangkan risiko kanser prostat.

Eksperimen dimana tomato mentah dan yang masak dibandingkan, didapati kandungan Lycopene adalah paling tinggi dalam buah yang telah dimasak. Ini adalah kerana haba telah memecahkan sel-sel tomato dan lebih banyak bahan anti-oksidan itu telah dihasilkan.

Selain daripada lycopene, tomato juga mengandungi vitamin, zat dan mineral yang diperlukan oleh badan. Risiko untuk mendapat penyakit jantung dapat dikurangkan. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati kandungan lycopene dalam lemak lelaki sihat adalah lebih tinggi daripada yang berpenyakit jantung. Ini jelas menunjukkan bahawa dengan memakan buah tomato secara berterusan dapat mengekalkan kandungan bahan anti-oksida yang tinggi dalam badan dan seterusnya risiko penyakit kronik dapat dikurangkan. Dari segi seksologi, buah tomato dapat meningkatkan tahap kesuburan lelaki dimana kandungan mineralnya dapat menambah kelajuan sperma ketika menuju ke dalam rahim. Dengan ini, keberangkalian untuk mendapat anak menjadi lebih tinggi.


Kandungan zat dalam tomato (setiap 100g) :
            • Protein - 1.4 g
            • Karbohidrat - 3.6 g
            • Lemak - 0.2 g
            • Serat - 0.4 g
            • Kalsium - 12.0 g
            • Besi - 0.8 g
            • Fosforus - 28.0 mg
            • Beta karotina - 790 ug
            • Vitamin B1 - 0.18 mg
            • Vitamin B2 - 0.09 mg
            • Niacin - 0.3 mg
            • Vitamin C - 25.8 mg

Saiz Menentukan Kepuasan ? Mitos atau Realiti ??

Kebanyakan kaum wanita berpandangan bahawa lelaki yang bertubuh tinggi, besar dengan susuk tubuh yang sasa akan juga mempunyai kelebihan daripada anggota seksnya .... PENIS.

Umumnya, ramai berpandapat bahawa saiz tubuh badan seseorang akan memberikan gambaran mengenai saiz penisnya. Jika tubuhnya tinggi, maka diandaikan bahawa penisnya panjang dan kalau tubuh besar maka diandaikan penisnya juga bersaiz besar. Malah dianggap pemain seks yang hebat dan mampu memberikan kepuasan kepada pasangannya.

Namun, ini semua adalah mitos semata-mata. Realitinya adalah berbeza. Berdasarkan kepada kajian sains, saiz tubuh badan tidak memberikan gambaran tentang saiz penis dan tahap kehebatan di ranjang.

Menurut seorang ahli anatomi tersohor, George Piersol, saiz tubuh badan tidak ada sebarang kaitan dengan saiz penis terutama ketika menegang. Berdasarkan kepada kajiannya, seorang lelaki yang mempunyai berat 55 kg mempunyai saiz penis yang lebih besar berbanding dengan yang mempunyai berat badan 92 kg. Malah , lelaki yang berketinggian 150 cm mempunyai saiz yang lebih panjang berbanding yang berketinggian 180 cm.

Menurut Dr. Peter Dickinson, saiz penis sebenarnya tidak akan menjanjikan kepuasan dalam hubungan di ranjang. Apa yang lebih penting ialah ketahanan dan cara pelayaran yang dilakukan. Apa gunannya badan bersaiz besar, 1 minit belayar sudah mencapai ejakulasi. Adalah bermakna, jika badan bersaiz kecil tetapi dapat bertahan dan memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak.

Anggapan bahawa lelaki yang bertubuh sasa akan lebih kasar dan ganas semasa pelayaran berbanding yang bertubuh kecil adalah kurang tepat. Sebenarnya, yang bertubuh kecil mungkin lebih hebat memandangkan tubuhnya lebih kecil dan ringan, maka dia akan lebih lincah dan mudah untuk melakukan berbagai aksi berbanding dengan yang berbadan besar.

Realitinya, tubuh yang besar tidak menjanjikan kepuasan dan kehebatan diranjang dan jangan sesekali merendah-rendahkan yang bertubuh kecil. Ingat! ... kecil-kecil cili api ...

Author.