Showing posts with label Lawak Orang Kita. Show all posts
Showing posts with label Lawak Orang Kita. Show all posts

Pekerjaan Yang Menguntungkan

"Samad, awak pasti ke nak jadi doktor mata macam bapa kamu?"

"Tidak cikgu, saya ingin menjadi doktor gigi?"

"Doktor gigi? Kenapa? Bukan ke doktor mata kerja yang menguntungkan?"

"Betul. Tapi manusia hanya ada 2 pasang mata jer, sedangkan gigi ada 32 batang!"

Mati Pucuk

Suatu hari Milah membuat laporan polis tentng kejadian rogol yang dialaminya. Katanya pada satu malam ketika balik dari pejabat, di tarik oleh seorang lelaki ke dalam semak , lalu dirogol.

Polis menyoal Milah, " Adakah kamu mengenali lelaki itu?" . "Tidak. Tapi lelaki itu berbadan agak gemuk, berambut lurus dan bermisai," jelas Milah.

Ekoran daripada laporan itu, polis membuat siasatan dan beberapa sekatan jalan raya. Dalam tempoh 3 jam polis berjaya menahan beberapa pemuda dan dibawa ke balai polis.

"Daripada aku malu dan memiliki anak tidak berbapa, lebih baik memilih sahaja salah seorang daripada mereka," ujar Milah dalam hati.

Lalu Milah menunjuk seorang pemuda yang menarik hatinya.

"Ini dia tuan", kata Milah.

"Tapi tidak mungkin tuan", kata lelaki itu membantah.

"Berani kau melawan bahkan tidak mahu bertanggungjawab terhadap perlakuan ganas mu", jerkah polis itu.

"Sumpah tuan, saya menghadapai masalah mati pucuk, macamana pulak saya nak rogol dia" jawab lelaki itu bersungguh2.



Surat Dari India Mari...

Pada suatu hari si Samat pergi minum teh tarik di gerai Mamak yang selalu dikunjunginya. Semasa minum, tiba-tiba Mamak tu menjerit kegembiraan dan datang kepada Samat.

Samat : Apasal gembira sangat ni Mamak?

Mamak : Saya punya bini di India ada hantar surat mari...

Samat : Apa yang dia cakap Mamak?

Mamak : Dalam itu surat, dia cakap baru lepas beranak... dapat new baby! Ayo...saya
banyak gembira la...hari ni saya belanja awak minum jugak.

Samat : Tahniah Mamak! Kamu kena balik India cepat ni?

Mamak : Ya la, saya sudah 4 tahun tarak balik ni...

Samat : ????????????

Nyawa Ke Nyaman?

Di sebuah desa di Bandung, Indonesia tinggal seorang janda kaya yang tidak mempunyai anak. Penampilannya memang mengairahkan setiap lelaki yang melihatnya.Di desa itu, tinggal seorang pemuda yang kerjanya adalah merompak dan satu hari timbul niat merompak rumah janda kaya tu.

Satu malam perompak itu, berjaya masuk ke dalam rumah janda itu melalui bumbung yang terletak betul-betul di atas bilik tidur janda itu. Kebetulan janda itu sedang tidur.

Timbul niat lain dalam hati perompak itu. Kemudian dengan perlahan, dia menyelinap ke tempat tidur si janda. Si janda terkejut kerana terasa ada benda sedang menjalar di tubuhnya. Si janda cuba menjerit tetapi perompak itu terus mencabut parangnya dan mengancam si janda " Jangan menjerit kalo mau selamat, nah sekarang pilih NYAWA atau NYAMAN?" ancam si perompak dalam bahasa Indonesia.

Setelah digertak, si janda ketakutan dan dengan nada yang lemas menjawab " NYAMAN aje mas".

Setelah selesai...si perompak terfikir untuk pulang kerana merasa puas. Niat untuk merompak sudah dilupakan. Tapi ketika memakai pakaian, parangnya tertinggal dan si janda terus mengambil dan mengacunya kepada si perompak. "Mau ke mana kamu, sih?" ,tanya si janda.

"Pulang" jawab si perompak ketakutan dan cemas. Si janda membentak " Mau PULANG ke ULANG?"

:)

Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"


Aman

Seorang Penyelam Handalan

Pada suatu hari, Dollah menjalankan aktiviti hobinya iaitu menyelam. Pada kedalaman 10 meter di dasar laut, dia dikejutkan seorang lelaki menyelam tanpa memakai sebarang kelengkapan. Bahkan lelaki itu masih lengkap dengan bertali leher dan memegang telefon bimbit. Lalu dia menyelam lebih dalam dalam sekitar 34 meter. Lelaki yang ditemuinya masih lagi menyelam.

"Aik, takkan tak penat lagi ni" kata Dollah dalam hati.

Bagi menghilngkan perasaan hairannya, dia menghampiri lelaki itu sambil menulis di atas kertas "Bagaimana anda boleh menyelam sedalam ini?" Lelaki itu pun membalas dengan menulis, "cepat bantu saya!"

Lari Dari Hospital

Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan. "Ada apa Pak Cik?," tanya pengawal hospital.

Lelaki itu menjelaskan, "Saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'."

"Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ....," kata si pengawal.

"Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!"


From : Amir



Wanita Amerika

Satu hari seorang isteri memberitahu suaminya yang dia akan ke Amerika untuk berkursus. Selepas mendapat kebenaran daripada suaminya, dia pun bertanya kepada suaminya "Apa yang bang mahu saya bawa pulang daripada Amerika nanti?".

Dengan nada yang bergurau, suaminya menjawab "Saya nak wanita Amerika". Dengan tersenyum miang, dia membayangkan seorang gadis mat saleh yang cantik dan seksi. Isterinya mendiamkan diri.

Seminggu kemudian, isterinya pun pulang dari Amerika dan sebaik sampai ke rumah, suaminya pun bertanya. "Apa macam? Ada tak bawa balik apa yang saya mahu dulu tu?"

Dengan selamba isterinya menjawab, " Oh! nasib baik tak lupa. Ada.... jangan risau. Tapi awak kena tunggu 9 bulan ye sayang!"