Seorang Penyelam Handalan

Pada suatu hari, Dollah menjalankan aktiviti hobinya iaitu menyelam. Pada kedalaman 10 meter di dasar laut, dia dikejutkan seorang lelaki menyelam tanpa memakai sebarang kelengkapan. Bahkan lelaki itu masih lengkap dengan bertali leher dan memegang telefon bimbit. Lalu dia menyelam lebih dalam dalam sekitar 34 meter. Lelaki yang ditemuinya masih lagi menyelam.

"Aik, takkan tak penat lagi ni" kata Dollah dalam hati.

Bagi menghilngkan perasaan hairannya, dia menghampiri lelaki itu sambil menulis di atas kertas "Bagaimana anda boleh menyelam sedalam ini?" Lelaki itu pun membalas dengan menulis, "cepat bantu saya!"