Showing posts with label Kesihatan / Penjagaan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan / Penjagaan. Show all posts

Masalah Kulit Berjerawat

Masalah yang kerap berlaku pada wajah. Kulit lelaki adalah lebih tebal dan pengeluaran sebum adalah lebih tinggi berbanding wanita. Sebab itu kulit lelaki mudah berminyak atau berkilat dan berjerawat dan kadang2 meninggalkan bintik2 hitam.

Cara mengatasi :

  1. Bersihkan wajah anda setiap pagi dan sebelum tido. Pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah anda untuk menanggalkan kotoran, menanggalkan sel2 mati, membersih liang roma yang tersumbat, menanggalkan minyak dan mengatasi jerawat.
  2. Gunakan produk perawatan khas seperti gel yang tidak berminyak untuk mengurangkan minyak di muka. Produk anti blemish adalah sesuai dalam kes ini. Jika kulit berjerawat dan berminyak, beri tumpuan pada tempat yg bermasalah.
  3. Jika kulit anda terlalu berminyak, terutama di bahagian zon T, gunakan produk khas atau pelembap kurang berminyak untuk mengatasi keadaan berminyak itu.
  4. Penggunaan pelindung matahari bukan sahaja dapat melindungi kulit dari sinaran UV, malah dapat mengatasi pengeluaran minyak dan pori2 tersumbat.
Cadangan produk :

Shiseido Men Anti-Shine Refresher, Lancome Homme Invigorating Cleansing Gel, Men Biore Facial Foam Active Acne Care, Nivea For Men Double Action Face Wash, BASK for Men-Face Scrub

Tips Agar Gigi Bertahan

Menurut pakar kosmetik gigi dan psikologi, "Senyuman yang menunjukkan empat persegi dianggap lebih maskulin kerana orang biasanya beranggapan bentuk persegi ada kaitan dengan maskulin", kata Dr. Ronald Goldstein, pensyarah kedoktoran pergigian New York dan penulis buku , Change Your Smile.

  • Mengunyah gula-gula getah. Ia memiliki efek yang sama seperti bercium, iaitu meransang produksi air liur. Gula metanol tanpa gula, gula-gula getah dan manisan memiliki fungsi yang sama.

  • Gunakan ubat gigi dengan perasa pilihan anda. Jika anda menyukai perasannya, anda akan lebih kerap memberus gigi dengan jangka waktu yang lama dan lebih menyeluruh.

  • Gunakan sistem dobel. Simpan satu berus padi dan satu lagi untuk waktu malam. " Setiap berus akan mempunyai waktu untuk mengering sepenuhnya", kata Dr. Green. "Berus gigi yang lembab kehilangan kekerasannya dan tidak akan sebaik berus gigi yang kering.

  • Gunakan berus gigi yang sesuai mengikut ukuran gigi anda. Pastikan bulu berus harus sepanjang jarak gigi anda

  • Gunakan kaedah kumur dann telan. "Kumur air dalam mulut anda selama satu minit dan telan" kata doktor, "Ini baik jika anda tidak dapat membersihkan gigi anda dengan berus. Anda juga boleh menggunakan anggur putih yang tidak terlalu manis".

  • Gunakan pembersih lidah. Membersihkan permukaan lidah dapat menyegarkan pernafasan dan memaniskan mulut anda. " Orang Mesir dahulu menggunakan pembersih lidah dengan kayu, namun anda boleh menggunakan sudu biasa", kata Dr. Green. "Memadai dengan membalikkan sudu ke posisi ke bawah dan keruk permukaan lidah anda terutama di bahagian pangkal lidah di mana berus gigi sukar hendak sampai ke bahagian itu".

Tips-tips Bercukur

Bersihkan Muka

Sebelum bercukur anda sepatutnya memcuci atau membuang segala kekotoran dan daki di bahagian muka. Begitu juga bagi kulit yang berminyak. Cara ini akan membuang semua kotoran dan melicinkan muka anda sekaligus memudahkan anda bercukur.

Bahan Pelembap

Memang benar, air dapat mengembangkan pori-pori muka tetapi anda perlu melakukan langkah berikutnya. Anda perlu menggunkan bahan pelembap yang banyak terdapat di pasaran. Rasanya yang dingin serta mengandungi vitamin C dapat membersihkan muka. Ia dapat menanggalkan segala saki baki kotoran degil dan melembutkan bulu atau rambut yang hendak dicukur.


Gunakan Cermin

Bercukur bukan sahaja untuk bahagian muka malah meliputi kawasan yang anda perlu bersihkan. Untuk ini anda perlu berhati-hati terutama kawasan yang berhampiran dengan alat kelamin. Tetapi bagi kawasan yang tidak dapat diihat dengan jelas sebaiknya menggunakan cermin. Menggunakan 3 buah cermin lebih membantu anda.

Pisau Cukur Pelbagai Guna

Gunakan pisau cukur yang mempunyai mata berlapis. Bagi sesetengah kulit, muka elok menggunakan pisau cukur jenis ini. Selain mudah, ia juga lebih menjimatkan berbanding menggunakan pisau cukur bermata tunggal. Penggunaan pisau ini akan menjadi lebih lancar kerana stiap lengkung tubuh dapat dicapai olehnya. Dengan kemajuan teknologi, pelbagai bentuk pisau cukur telah dicipta. Hanya kebijaksanan anda untuk memilih pisau yang sesuai.

Jangan Cukur Ketika Muka Kering

Jangan bercukur dalam keadaan kulit kering. Anda patut menggunakan pelembap yang sesuai. Kompenon glycerin yang tedapat dalam losyen ini dapat menutup pori-pori dan melembapkan segala rambut atau bulu. Kulit yang kasar akan berisiko mendapat luka. Anda boleh memilih pelemap jenis krim atau buih.


Gunakan Berus

Gunakan berus yang sesuai untuk menyapu losyen atau krim pada bahagian yang hendak dicukur. Dengan menggunakan berus ia dapat meratakan losyen berbanding dengan jari. Sebaiknya berus berbulu halus dan lembut agar anda rasa lebih tenang dan selesa.




Teknik


Anda Boleh bercukur dengan mengguna pelbagai teknik asalkan mata pisau tertoreh kulit. Bagi rambut atau bulu yang panjang, cukur mengikut arah bulu itu. Bagi melicinkan kesan cukur atau bahagian rambut atau bulu pendek, cukur berlawanan arahnya. Ini akan memastikan bulu-bulu terpotong sehingga kedalam laiang. Anda patut mencuba teknik baru yang dapat memberikan keselesaan. Lakukan yang terbaik untuk anda. Ada lelaki yang bercukur setiap 2 hari. Bagaimanapun ini bergantung kepada berapa cepat bulu muka, janggut atau misai itu tumbuh.

Bilas

Selepas bercukur, bilaskan pisau cukur menggunakan air paip yang mengalir. Langkah ini dapat menanggalkan segala bulu atau rambut daripada mata pisau. Setelah itu anda boleh mengetuk pisau cukur pada pintu. Walaupun cara ini tidak dapat menanggalkan segala rambut yang melekat tetapi ia memudahkan dan menjimatkan masa anda. Sebaiknya gunakan mata pisau pakai buang.

Bersikap Tenang

Anda harus ingat, bahawa anda sedang menggunakan 'senjata tajam'. Tersilap langkah, anda akan mendapat luka. Oleh itu anda perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dan bersikap tenang. Jangan menekan terlalu kuat pisau ketika bercukur. Bagi anda yang baru tumbuh bulu atau misai, eloklah berlatih mencukur belon tanpa memecahnya!.

Gunakan Kedua-dua Tangan

Anda hendaklah menggunakan kedua-dua tangan ketika bercukur. Sebelah memegang pisau cukur manakala sebelahnya lagi bertindak sebagai co-pilot. Tangan co-pilot ini akan menekan kulit sebelum mencukur agar kawasan tersebut menegang.

Buat Perancangan

Anda tidak boleh mencukur sebarangan. Anda hendaklah menyediakan pelan sebelum mencukur. Seeloknya jika ingin mencukur di bahagian muka hendaklah dimulakan dibahagian bauk (sideburn) kemudian diikuti janggut atau misai. Setelah itu bercukur ke bahagian leher, seterusnya ke bahagian bawah sebelum ke bawah bibir. Anda boleh meninggalkan bahagian yang sukar dicukur terlebih dahulu sebelum menyambung kembali. anda hendaklah bercukur dalam keadaan santai. Bercukur seperti juga memandu di jalan raya kerana kelajuan membunuh.

Selepas Bercukur

Bersihkan muka menggunakan tuala yang bersih. Jangan sesekali menggunakan tuala yang anda telah guna. Ini kerana ketika ini kulit muka anda adalah cukup sensitif.

Rehatkan Kulit

Setelah bercukur, anda hendaklah membiarkan kulit muka anda dalam keadaan rehat dengan mengeringkannya. Cara ini dapat menutup kembali pori-pori kulit. Lotion atau aftershave colognew juga dapat membantu merehatkan kulit anda.

Luka

Sekiranya anda mengalami luka, jangan diteruskan pencukuran. Bersihkan luka itu dengan tisu terlebih dahulu sebelum kembali bercukur. Hanya titiskan dan sapu sedikit minyak gamat atau ubat luka. Tidak perlu pergi ke hospital kerana biasanya yang berlaku hanyalah luka kecil.


Selamat Mencuba!

Penjagaan Yang Baik Penis Anda

  1. Hendaklah dibersihkan setiap hari terutama dibahagian lipatan bagi yang tidak bersunat.Gunakan tuala yang bersih untuk mengeringkannya bagi mengelakkan daripada jangkitan bakteria.
  2. Cuba elakkan memakai seluar yang ketat dan tebal.
  3. Selalulah memeriksa buah zakar anda dan pisahkannya secara perlahan untuk memastikan ia berada dalam keadaan rileks.
  4. Digalakkan memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas kerana ia memudahkan peluh menyerap keluar dan ini dapat mengelakkan daripada jangkitan bakteria.
  5. Pastikan anda mencuci penis anda dengan menggunakan sabun lembut sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks.
  6. Sentiasa memeriksa penis dan buah zakar anda samada terdapat bonjolan atau tidak. Jika terdapat yang luarbiasa dan menyakitkan, segeralah berjumpa dengan doktor.