Tips Agar Gigi Bertahan
Menurut pakar kosmetik gigi dan psikologi, "Senyuman yang menunjukkan empat persegi dianggap lebih maskulin kerana orang biasanya beranggapan bentuk persegi ada kaitan dengan maskulin", kata Dr. Ronald Goldstein, pensyarah kedoktoran pergigian New York dan penulis buku , Change Your Smile.
- Mengunyah gula-gula getah. Ia memiliki efek yang sama seperti bercium, iaitu meransang produksi air liur. Gula metanol tanpa gula, gula-gula getah dan manisan memiliki fungsi yang sama.
- Gunakan ubat gigi dengan perasa pilihan anda. Jika anda menyukai perasannya, anda akan lebih kerap memberus gigi dengan jangka waktu yang lama dan lebih menyeluruh.
- Gunakan sistem dobel. Simpan satu berus padi dan satu lagi untuk waktu malam. " Setiap berus akan mempunyai waktu untuk mengering sepenuhnya", kata Dr. Green. "Berus gigi yang lembab kehilangan kekerasannya dan tidak akan sebaik berus gigi yang kering.
- Gunakan berus gigi yang sesuai mengikut ukuran gigi anda. Pastikan bulu berus harus sepanjang jarak gigi anda
- Gunakan kaedah kumur dann telan. "Kumur air dalam mulut anda selama satu minit dan telan" kata doktor, "Ini baik jika anda tidak dapat membersihkan gigi anda dengan berus. Anda juga boleh menggunakan anggur putih yang tidak terlalu manis".
- Gunakan pembersih lidah. Membersihkan permukaan lidah dapat menyegarkan pernafasan dan memaniskan mulut anda. " Orang Mesir dahulu menggunakan pembersih lidah dengan kayu, namun anda boleh menggunakan sudu biasa", kata Dr. Green. "Memadai dengan membalikkan sudu ke posisi ke bawah dan keruk permukaan lidah anda terutama di bahagian pangkal lidah di mana berus gigi sukar hendak sampai ke bahagian itu".