Masalah Kulit Berjerawat

Masalah yang kerap berlaku pada wajah. Kulit lelaki adalah lebih tebal dan pengeluaran sebum adalah lebih tinggi berbanding wanita. Sebab itu kulit lelaki mudah berminyak atau berkilat dan berjerawat dan kadang2 meninggalkan bintik2 hitam.

Cara mengatasi :

  1. Bersihkan wajah anda setiap pagi dan sebelum tido. Pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah anda untuk menanggalkan kotoran, menanggalkan sel2 mati, membersih liang roma yang tersumbat, menanggalkan minyak dan mengatasi jerawat.
  2. Gunakan produk perawatan khas seperti gel yang tidak berminyak untuk mengurangkan minyak di muka. Produk anti blemish adalah sesuai dalam kes ini. Jika kulit berjerawat dan berminyak, beri tumpuan pada tempat yg bermasalah.
  3. Jika kulit anda terlalu berminyak, terutama di bahagian zon T, gunakan produk khas atau pelembap kurang berminyak untuk mengatasi keadaan berminyak itu.
  4. Penggunaan pelindung matahari bukan sahaja dapat melindungi kulit dari sinaran UV, malah dapat mengatasi pengeluaran minyak dan pori2 tersumbat.
Cadangan produk :

Shiseido Men Anti-Shine Refresher, Lancome Homme Invigorating Cleansing Gel, Men Biore Facial Foam Active Acne Care, Nivea For Men Double Action Face Wash, BASK for Men-Face Scrub