Wanita Amerika
Satu hari seorang isteri memberitahu suaminya yang dia akan ke Amerika untuk berkursus. Selepas mendapat kebenaran daripada suaminya, dia pun bertanya kepada suaminya "Apa yang bang mahu saya bawa pulang daripada Amerika nanti?".
Dengan nada yang bergurau, suaminya menjawab "Saya nak wanita Amerika". Dengan tersenyum miang, dia membayangkan seorang gadis mat saleh yang cantik dan seksi. Isterinya mendiamkan diri.
Seminggu kemudian, isterinya pun pulang dari Amerika dan sebaik sampai ke rumah, suaminya pun bertanya. "Apa macam? Ada tak bawa balik apa yang saya mahu dulu tu?"
Dengan selamba isterinya menjawab, " Oh! nasib baik tak lupa. Ada.... jangan risau. Tapi awak kena tunggu 9 bulan ye sayang!"