Saiz Menentukan Kepuasan ? Mitos atau Realiti ??
Kebanyakan kaum wanita berpandangan bahawa lelaki yang bertubuh tinggi, besar dengan susuk tubuh yang sasa akan juga mempunyai kelebihan daripada anggota seksnya .... PENIS.
Umumnya, ramai berpandapat bahawa saiz tubuh badan seseorang akan memberikan gambaran mengenai saiz penisnya. Jika tubuhnya tinggi, maka diandaikan bahawa penisnya panjang dan kalau tubuh besar maka diandaikan penisnya juga bersaiz besar. Malah dianggap pemain seks yang hebat dan mampu memberikan kepuasan kepada pasangannya.
Namun, ini semua adalah mitos semata-mata. Realitinya adalah berbeza. Berdasarkan kepada kajian sains, saiz tubuh badan tidak memberikan gambaran tentang saiz penis dan tahap kehebatan di ranjang.
Menurut seorang ahli anatomi tersohor, George Piersol, saiz tubuh badan tidak ada sebarang kaitan dengan saiz penis terutama ketika menegang. Berdasarkan kepada kajiannya, seorang lelaki yang mempunyai berat 55 kg mempunyai saiz penis yang lebih besar berbanding dengan yang mempunyai berat badan 92 kg. Malah , lelaki yang berketinggian 150 cm mempunyai saiz yang lebih panjang berbanding yang berketinggian 180 cm.
Menurut Dr. Peter Dickinson, saiz penis sebenarnya tidak akan menjanjikan kepuasan dalam hubungan di ranjang. Apa yang lebih penting ialah ketahanan dan cara pelayaran yang dilakukan. Apa gunannya badan bersaiz besar, 1 minit belayar sudah mencapai ejakulasi. Adalah bermakna, jika badan bersaiz kecil tetapi dapat bertahan dan memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak.
Anggapan bahawa lelaki yang bertubuh sasa akan lebih kasar dan ganas semasa pelayaran berbanding yang bertubuh kecil adalah kurang tepat. Sebenarnya, yang bertubuh kecil mungkin lebih hebat memandangkan tubuhnya lebih kecil dan ringan, maka dia akan lebih lincah dan mudah untuk melakukan berbagai aksi berbanding dengan yang berbadan besar.
Realitinya, tubuh yang besar tidak menjanjikan kepuasan dan kehebatan diranjang dan jangan sesekali merendah-rendahkan yang bertubuh kecil. Ingat! ... kecil-kecil cili api ...
Author.