Air Dan Kulit

Semua orang menginginkan kulit yang halus dan bersih terutama wanita. Namun sebagai lelaki yang penting kulit tidak bertukar menjadi papan hitam kerana boleh tulis apa sahaja. Kekeringan berpunca daripada kekeringan kandungan air dalam badan. Untuk mengatasinya ada yang menggunakan pelembab. namun anda boleh mendapatkan hasil yang terbaik tanpa menggunaka belanja yang tinggi. Tahukah anda bahawa dengan meminum air yang mencukupi sudah cukup untuk membuat kulit anda sihat.

Air bersih menjadi pencuci yang paling baik untuk kulit. Air suam dapat membuka pori-pori sementara air sejuk akan mengecutkannya. Biar pun air boleh melembapkan kulit atau menghilangkan sisa kotoran namun jika anda kerap mencuci atau mandi, ia boleh mengkikis enczema pula, kulit tetap akan menjadi sentiada kering. Di samping itu bagi kulit yang sensitif disyorkan menggunakan barangan penjagaan kulit yang berasaskan air.

Bagi wanita terdapat beberapa jenama yang berasaskan air malangnya bagi lelaki mungkin terhad. Ia diciptakan daripada air yang diperolehi dari dasar dataran air yang terapung di Greenland. Air ini mempunyai ketulenan yang tinggi dengan wujud banyaknya laga serta organisma hidup. Dengan itu, Icely membolehkan kulit sentiasa sihat kerana ia dapat membersihkan, memelihara, menyamankan serta menghalang daripada kulit menjadi tegang. Apabila paras kelembapan turun sehingga 10 peratus, kulit akan hilang keupayaan melindungi hingga menjejaskan kegebuan kulit.

Sementara bahan lain yang turut bermanfaat bagi kulit yang sensitif ialah Thermal Plankton. Ia dihasilkan daripada air mata air panas serta mengandungi banyak organisma. Ia terbentuk daripada kumpulan zat merangkumi vitamin, protein, asid amino, glukos dan lemak yang penting untuk kehidupan. Ia dikatakan dapat membuat segala zat penting untuk mekanisme kulit menyerap dengan cepat dan berkesan. Secara tidak langsung kulit akan sentiasa lembap, tidak berminyak atau kering.