Fakta Mengenai Seks
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa hubungan yang dilakukan secara teratur, bersih dan sihat, sebenarnya banyak memberikan manfaat.
Meningkatkan kesihatan dan Kebahagian
Secara psikologinya orang yang sempurna dalam kehidupan seksualnya lebih tenang dari yang tidak dapat mengecapnya. Dalam kata lain mereka dapat menikmati hidup dengan dengan aman dan nikmat. Kesimpulan tersebut dibuat oleh Dr. Ted Mellvenna dari San Fransiscos Institute for Advanced Study of Human Sexuality. Pemerhatian yang dibuat mendapati orang yang melakukan aktiviti seks memiliki harapan hidup lebih lama.
Mengatur Hormon
Wanita yang melakukan hubungan seksual setidaknya sekali seminggu, aturna haidnya lebih normal berbanding dengan wanita yang belum berkahwin. Seks meningkatkan hormon estrogen. Mereka menikmati hubungan seksual secara teratur, memiliki tingkat estrogen yang lebih tinggi dalam darah. Estrogen ini bermanfaat untuk menjaga kesihatan jantung, merendahkan kadar kolestrol positif, memelihara kepadatan tulang, menjaga kulit sentiasa kenyal dan mencegah tekanan.
Membakar Kalori
Ketika melakukan hubungan kelamin, sebanyak 4.2 kalori dari tubuh akan terbakar bagi setiap minit. Lebih baik daripada bermain tenis yang hanya membakar 4 kalori per minit.
Menguatkan Otot Pinggul
Itu jika dilakukan secara teratur. Semasa mencapai kepuasan, otot pinggul akan berkontraksi keras yang kemudian akan lebih menguatkan tubuh, perut dan punggung anda.
Mengingkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Kajian yang dijalankan kepada beberapa wanita yang mengidap penyakit kanser payu dara mendapati mereka yang pernah mengalami atau mencapai organisme secara teratur, memiliki kekebalan tubuh yang lebih kuat dalam menghadapi penyakit, berbanding mereka yang tidap memcapainya. Organisme akan meningkatkan sel-sel yang berfungsi untuk melawan penyakit hingga 20%.
Mengurangkan Stress
Anda tidak perlu mencari hiburan diluar untuk mengurangkan stress kerana aktivit seksual telah menyediakannya secara semulajadi. Percaya atau tidak, kepuasan hasil hubungan seks umpama ubat penenang. Ketika itu otot-ototakan terasa tegang tetapi relaks dan menenangkan. Biasanya orang yang memiliki kehidupan seksual yang baik jarang merasa khuatir, cemas, gelisah, marah dan panas baran.
Mengurangkan Rasa Sakit
Bagi yang menderita radang sendi atau sakit urat leher seks dapat meringankan kesakitan tersebut
*Ingat! : Hubungan seks selepas berkahwin adalah hubungan yang sihat