Tips Menulis Surat Permohonan Kerja
Meskipun dalam setiap syarikat mempunyai pegawai yang betugas dalam pengambilan kerja, biasanya mereka mempunyai sedikit masa untuk melihat permohonan kerja yang datang ke meja kerja mereka. Oleh itu, jika mahu permohonan anda dilihat dan dipertimbangkan beberapa tips diberikan kepada anda sebagai panduan.
- Harus diingatkan di sini bahawa tujuan utama permohonan dihantar bukan untuk mendapat kerja tetapi untuk membolehkan anda dipanggil bagi menghadiri temuduga.
- Anda harus pastikan permohonan anda ditaip ( melainkan anda diminta menghantar dalam bentuk tulisan tangan) dengan baik dan betul dari segi ejaan serta penggunaan perkataan. Pastikan taipan dalam keadaan kemas dan tidak comot keran bagi majikan permohonan ini mengambarkan sikap dan perwatakan anda. Jika awal2 sudah memberi gambaran buruk pasti sukar untuk dipertimbangkan menjadi salah seorang pekerja mereka.
- Pastikan disertakan 'covering letter' pendek menyatakan jawatan yang dipohon dan kepilkan bersama 'resume'. Tulis dengan menggunakan ayat rasmi yang mudah difahami dan merendah diri. Jangan sesekali menggunakan ayat atau istilah yang hanya difahami oleh sekolompok sahaja. Berikan maklumat relevan dengan menggunakan ayat seringkas mungkin.
- Elakkan menokok tambah dan menggunakan ayat yang menunjukkan kesombongan dan kebongkakan. Sertakan sekali bersama kebolehan dan pengalaman dengan ringkas. Jangan pula berlebihan hingga nampak seperti masuk dalam bakul sendiri. Jika anda pernah bekerja sebelum ini, biarkan majikan anda yang memberikan penilaian da surat rujukan.
- Jangan sama sekali memohon pekerjaan dengan alasan anda bosan dengan dengan pekerjaan yang dilakukan waktu itu. Dalam istilah lain anda terdesak dan mahu mencari pekerjaan lain yang lebih tinggi gajinya.
- Hantar permohonan tersebut dengan segera sebelum tarikh tamat bagi mengelakkan ia dibakul sampahkan. Lewat bermakna usaha anda hanya sia-sia.