Boring?

Anda baru ditinggalkan kekasih? Atau Memang semula jadi bujang? Atau Mengambil keputusan untuk kembali bujang? Boring? Atau Kesepian?

Berikut 10 tips yang boleh lakukan untuk meredakan perasaan anda itu

  • Bercuti

Semasa berpasangan, percutian biasanya adalah perkara yang rumit. Untu bercuti bersama , terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira, cuti tahunan, pakaian pasangan anda, perbelanjaan dan destinasi yang ingin ditujui. Semuanya mestilah menepati citarasa anda dan pasangan. Selalunya hanya beberapa hari aje dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua. Namun, bila anda berseorangan, bila2 masa anda boleh pack pakaian anda dan pergi aje...

  • Jumpa kawan
Kebanyakkan lelaki apabila bercinta akan meninggalkan kawan2 rapat. Bukan lupa tetapi tak cukup masa. Saat inilah peluang anda untuk menggamit kembali saat2 bebas bersama kawan2 anda.

  • Bersenam
Semasa bercinta,tengok wayang, memebeli belah, jalan2, minum, dinner, itulah sebahagian besar daripada bahagian hidup anda. Biarkanlah ia berlalu, inilah masanya untuk anda membuang segala toksik2, lemak2 yang telah lama terkumpul. Lakukan senaman anda di gim atau kelab2 senaman khusus dimana mungkin anda akan berpeluang berjumpa dengan wanita yang lebih cantik dan agresif.

  • Kembali nakal
Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Orang dewasa yang melupakan zaman kanak2nya biasanya tidak ceria dan tidak mempunyai nilai humor. Ada sesetengah wanita tidak suka lelaki yang nakal kerana merasa dirinya tercabar. Sebab itulah ramai lelaki apabila bersama teman wanita biasanya akan kawal perasaan dan bersifat pasif serta kaku. Apabila kembali solo, peluang anda untuk melakukan aktiviti sewaktu bujang dulu boleh dilakukan seperti main snuker, video game, mengurat dan sebagainya.

  • Bermesra bersama keluarga
Hubungan dengan keluarga biasa tidak seerat dulu bila dah berkahwin atau mepunyai kekasih. Keluarga akan jatuh kepada no 2 manakala pasangan akan diberi lebih tumpuan. Dengan ini, masa ni lah perlu digunakan sepenuhnya untuk lebih kepada keluarga.

  • Terokai dunia baru
Aktivit2 seperti menonton wayang, berdisko, pergi medan selera, pantai tidak membuka minda kita. Jika itu lah kegemaran anda...lupakan seketika, cubailah menerokai dunia baru yang lebih bermakna. anda boleh cuba aktiviti lasak, panjat gunung, menyelam skuba contohnya, pasti kenangan bersama kekasih dulu akan berkurangan.

  • Sukarela
Untuk mengurangkan masa bosan anda, pergilah ke rumah anak yatim, orang2 tua atau pusat pemulihan dadah. Anda boleh manjadi seorang sukarelawan dimana di tempat2 begini akan membuka minda anda kepada dimensi baru. Anda akan nampak, masalah anda adalah jauh lebih kecil daripada masalah mereka.

  • Ambil peluang
Hakikatnya, anda mesti membersihkan minda anda daripada memori yang lalu berkaitan pasangan anda. biasanya semasa bercinta peluang untuk ke tempat menarik dan berkenalan dengan wanita lain terlalu tipis. Maka gunakan masa kini untuk melakukan perkara yang biasanya terhalang apabila bersama pasangan.

  • Perbaiki diri
Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntuan bekas kekasih anda. Perbaikilah diri anda dari segi kerjaya, kewangan dan keyakinan agar masa depan anda akan lebih kukuh dan stabil. Diingatkan disini, apabila anda dah dapat semua itu, anda kan mudah dikekelingi wanita.


  • Pandang ke hadapan
Buang memori tentang bekas pasangan anda. Berikan perhatian kepada apa yang akan berlaku kemudian termasuklah bakal kekasih atau isteri. Jadikan sebarang angan2 anda dengan usaha yang gigih besama keyakinan diri yang tinggi.

Kerandut Tidak Seimbang Dan Penis Bengkok

Soalan

Kedudukan buah zakar saya tidak seimbang di mana bahagian sebelah kanan terletak di bawah dan sebelah kiri ke atas sikit. Selain itu zakar saya bengkok ke kanan.

Adakah ia sesuatu yang normal? Jika tidak, bagaimana untuk menyembuhkannya?


Jawapan


KEDUDUKAN buah zakar tidak seimbang adalah sesuatu yang normal. Kebanyakan lelaki memiliki buah zakar kiri yang sedikit ke bawah berbanding kanan dan kurang satu peratus lelaki mempunyai buah zakar seimbang.

Bagaimanapun, ada juga ketidakseimbangan yang terlalu ketara. Ia berlaku akibat angin pasang (hernia), air pasang (hidrosel), pembuluh darah buah zakar berpintal (varikosel) atau terdapat ketumbuhan cista.

Jika ini berlaku, lelaki berkenaan perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Kedudukan zakar yang bengkok juga perkara biasa terutama apabila ia menegang. Jika sebaliknya berlaku, besar kemungkinan terdapat masalah seperti kekerasan sebahagian zakar yang menyebabkannya tertarik oleh tisu yang keras itu.

Kadang-kadang zakar tertolak oleh buah zakar yang tertekan akibat angin pasang. Apabila angin pasang itu disembuhkan melalui pembedahan, kedudukan zakar akan kembali kepada kedudukan biasa.

Semua masalah yang saya jelaskan tadi dapat dikesan jika seseorang lelaki itu melakukan pemeriksaan sendiri terhadap buah zakar dan zakarnya. Amalan ini sebenarnya penting untuk kebaikan anggota tubuh dan jika boleh lakukannya sekali dalam sebulan.

Cara melakukannya dengan berdiri di depan cermin. Kemudian sentuh buah zakar dengan jari serta ibu jari. Jika ada sesuatu yang luar biasa, segeralah berjumpa doktor.

Jadilah lelaki yang cemerlang dan lakukan pemeriksaan sendiri untuk kesejahteraan anggota sulit anda. Jangan malu berjumpa doktor.


Dr Ismail Thamby

Suhu Untuk Kawal Sperma

Soalan

SAYA pernah terbaca laporan bahawa lelaki yang terlalu lama menunggang motosikal atau basikal akan mengalami kerosakan sperma, sekali gus menyebabkan kemandulan. Apakah ini benar? Bagaimanakah cara mengatasinya kerana saya sudah lama menggunakan motosikal dan risau kesannya apabila berkahwin nanti.

Jawapan

Kilang sperma dalam buah zakar, manakala buah zakar pula dalam kerandut yang terletak di luar badan. Pembiakan sperma memerlukan suhu optimum iaitu 3-4º Celsius kurang daripada suhu badan (37º Celsius).

Jadi apabila suhu dalam kerandut meningkat, pemprosesan sperma tergendala seketika dan jika perkara ini berlanjutan, profil sperma menjadi kucar kacir, iaitu bilangan dan kualiti sperma menjadi tidak normal dan rupa bentuk sperma cacat.

Peningkatan suhu dalam kerandut boleh berlaku apabila lelaki itu memakai pakaian dalam yang ketat atau tebal dan seluar ketat. Sama juga jika buah zakarnya terdedah kepada kebahangan seperti bekerja di kawasan panas, berendam dalam kolam panas atau bersauna.

Dengan pakaian ketat dan padat serta duduk dalam kereta pun boleh membuatkan buah zakar tertarik di atas tundun dan terdedah kepada kepanasan badan. Sama juga jika memakai pakaian ketat dan menunggang motorsikal.


Dr Ismail Thamby

Pengetahuan Am - Bahagian 1

  • Perakam video pertama dibuat pada tahun 1956 yang bersaiz sebesar piano.
  • Katak tidak minum, akan tetapi ia menyerap air dari persekitarannya melalui proses osmosis.







  • Secara purata, degupan jantung ikan paus biru ialah antara 5-10 kali seminit