Tips Jimat Petrol
Minyak naik lagi? ... aduh... Itulah keluhan yang selalu kita dengar setiap kali berlaku kenaikan minyak. Bukannya ape.. lagi banyak ler ongkos terpaksa dikeluarkan.... Dulu mungkin untuk kereta kancil 660cc, RM 30 sudah penuh tangki ... tapi kini...RM 35 pun mungkin tak cukup. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk menjimatkan petrol kereta anda...
- Cuba elakkan daripada menekan brek jika tidak diperlukan kerana penggunaan petrol akan meningkat dengan untuk meningkatkan kelajuan pada tahap yang biasa. Bukan itu sahaja, tayar juga akan cepat haus.
- Selalulah memeriksa tayar kereta anda, adakah cukup angin ke tidak kerana kekurangan angin akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sehingga 5% dan tayar juga cepat rosak.
- Selalu melakukan servis ke atas kereta yang mana akan membantu enjin kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik terutaman untuk perjalanan yang jauh.
- Pastikan kereta anda di'tune' oleh pakar kerana kesilapan dalam melakukan 'tuning' akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan petrol sehingga 50%.
- Praktikkan selalu menukar spark plug sewaktu servis, kerana ia akan membantu menjimatkan petrol dengan banyak.
- Elakkan menggunakan klac terlalu kerap dan jangan tekan klac jika situasi tidak memerlukan.
- Gunakan gear neutral sewaktu berada di situasi lampu isyarat merah. Anda juga boleh mematikan kenderaan sekiranya pertukaran lampu isyarat terlalu lama.
- Gunakan gear yang betul dan sesuai mengikut kelajuan kenderaan.
- Harus diingatkan bahawa bumbung yang berisi barang(dalam roof rack) akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sehingga 5% melalui pemanduan di lebuh raya.
- Dan jika roof rack kereta anda tidak berisi, lebih tanggalkannya kerana, jika menanggalkannya, anda dapat menjimatkan minyak anda sehingga 1%.
- Cuba elakkan memusingkan stereng kereta anda dengan tanpa keperluan kerana setiap kali anda lakukannya, akan menyebabkan penggunaan petrol.
- Pastikan anda selaraskan kelajuan kereta anda sewaktu pemanduan.
- Kalau boleh jangan dihidupkan penyaman udara semasa kereta pada kelajuan rendah.
- Jangan hidupkan enjin kereta anda sebaik sahaja anda mematikannya kerana ia akan meningkatkan penggunaan minyak dan malah boleh merosakkan enjin.
- Dengan pemanduan pada kelajuan 90 km/j berbanding 100 km/j, anda akan dapat menjimatkan petrol sehingga 10%.
Selamat Mencuba!